Thursday, April 19, 2007

Ganoderma

PENGENALAN

Ganoderma adalah basidiomycete, kulat lamellaless yang merupakan kepunyaan famili polyporaceae. Secara semulajadi, tumbuhan tersebut bertumbuh pada kayu atau pokok-pokok yang tebal. Ganoderma boleh didapati di gunung-ganang yang mempunyai kelembapan yang tinggi dan kelihatan berkaburan. Ganoderma disebut Reishi dalam bahasa Jepun, manakala dalam bahasa Cina pula disebut “Ling Zhi”. Sejak beribu-ribu tahun dahulu, Ganoderma telah dianggap oleh masyarakat Cina sebagai herba kesihatan yang bermutu tinggi. Ia juga digelar “A – one Medicine” kerana tidak mendatangkan kesan sampingan walaupun setelah digunakan dalam jangka masa yang panjang. Ia dapat memperbaiki taraf kesihatan seseorang, meninggikan daya sembuh badan dan memanjangkan usia seseorang. Buku “The Outline of Herbal Medicine” yang ditulis oleh pakar farmasi Cina yang terkenal iaitu Dr. Li Shin-Chen membahagikan Ganoderma kepada 6 kategori berdasarkan warnanya iaitu Ganoderma Hitam, Ganoderma Ungu, Ganoderma Merah, Ganoderma Putih, Ganoderma Kuning dan Ganoderma Biru.


JENIS-JENIS GANODERMA (LING ZHI / REISHI)

Reishi (Bahasa Jepun)

Ganoderma

Warna

Akashiba

Lucidum

Merah

Kuroshiba

Sinense

Hitam

Aoshiba

Oregonense

Biru

Shiroshiba

Applanatum

Putih

Kishiba

Tsugae

Kuning

Murasakishiba

Neo-japonicum

Ungu

Selain daripada enam jenis Ganoderma yang tersebut di atas, terdapat juga lain jenis Ganoderma yang lain seperti Lentinus edodes atau disebut Shiitake, Polyporus umbellatus atau Zhu Ling, Coriolus versicolor atau Kawarata atau Yun Zhi, Flammulina velutipes atau Enokitake, Pleurotus ostreatus atau Oyster dan sebagainya. Ciri-ciri Ganoderma :


Ganoderma Lucidum : The Ling Zhi atau Reishi

Ganoderma ini merupakan cendawan yang paling terkenal, moden dan telah mula diterokai serta bercucuk tanam pada zaman sekarang. Ia mempunyai bentuk yang serupa dengan bentuk buah pinggang. Permukaannya mempunyai warna yang bersinar-sinar, dari merah ke coklat merah. Semasa muda, lapisan luar berwarna putih ke warna kuning dan batangnya mempunyai warna yang serupa dengan cendawan.


Ganoderma Tsugae : Song San Shu Zhi

Bentuk Ganoderma ini lebih kurang sama dengan bentuk Ganoderma Lucidum. Permukaan yang paling atas mempunyai warna merah oren yang berkilat. Pada mulanya liang roma berwarna putih, apabila semakin besar warnanya akan berubah kepada kuning dan akhirnya berwarna perang. Batangnya mempunyai warna yang sama dengan lapisan luar.


Ganoderma Sinense : Zi Zhi

Ia berwarna dari ungu tua kepada hitam dan ia adalah luar biasa dengan batangnya yang sepanjang lapan inci. Bentuknya seperti bentuk buah pinggang, liang roma berwarna putih yang kotor dan menjadi warna coklat bila tua.


Ganoderma Applanatum : The Ancient Ling Zhi

Ia tidak mempunyai batang dan bertumbuh di atas batang-batang. Cendawan yang baru bertumbuh berwarna kuning muda ke coklat bersinar, selepas itu ia akan berubah kepada warna coklat.


Ganoderma Oregonense :

Ia berwarna merah coklat ke ungu coklat dimana batangnya juga mempunyai warna yang serupa. Walaupun ia tidak dikaji untuk kegunaan perubatan, tetapi dijangka mengandungi khasiat yang sama seperti yang lain.

Ling Zhi dapat dikelaskan mengikut warna, saiz, keadaan kerja menanam, keadaan cuaca, kewujudan serangga dan kedalaman akar.

Warna

Cendawan yang berwarna tua adalah lebih elok. Warnanya mestilah disebarkan secara sama rata.

Saiz

Cendawan yang bersaiz besar dan tebal lebih baik. Jika ia mempunyai bentuk yang ganjil akan meningkatkan nilainya.

Keadaan menanam

Alam persekitaran penting dalam kerja menanam. PH tanah, daun-daunan dan pokok-pokok yang berdekatan perlu dikaji.

Keadaan cuaca

Keadaan iklim semulajadi akan merangsang kualiti cendawan misalnya kuantiti air (hujan).

Kewujudan serangga

Kerosakkan cendawan akibat daripada serangga akan merendahkan nilai sesuatu cendawan.

Kedalaman akar

Akar yang kuat adalah diperlukan.



back to top

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...