Monday, December 21, 2009

Khasiat Buah Goji

Buah goji, ia mungkin asing kepada sesetengah golongan masyarakat di negara ini. Namun, buah tersebut sebenarnya telah digunakan secara meluas oleh penduduk dunia terutama dari daerah Ningxia, China sejak beribu-ribu tahun dahulu untuk tujuan kesihatan.

Di Ningxia, lebih 90 peratus populasi penduduknya beragama Islam dan mereka telah mengamalkan goji sebagai makanan harian untuk kekal sihat dan menjalankan kehidupan yang aktif.

Goji atau nama saintifiknya Lycium barbarum merupakan sejenis tumbuhan herba yang berasal dari Banjaran Tibet dan Banjaran Himalaya.

Secara tradisionalnya, buah goji dipercayai mengandungi banyak khasiat untuk tubuh badan manusia serta mampu membantu merawat pelbagai jenis penyakit. Ini kerana ia dikatakan mempunyai bahan antioksida yang tinggi berbanding buah-buahan atau sayur-sayuran lain seperti strawberi, oren, rasberi dan lobak.

Goji telah digunakan dalam perubatan tradisional oleh masyarakat Cina selama lebih 5000 tahun. Banyak teks perubatan Cina menyanjung faedah kesihatan yang mengagumkan hasil daripada buah ini. Antara teks perubatan tersebut ialah:

Ben Cao Hui Yang:
“Goji meningkatkan qi atau daya kehidupan, menyokong darah, menyuburkan yin dan yang, membuang angin, merupakan herba yang sangat baik”.

Ben Cao Bei Yao:
“Goji menyuburkan paru-paru, membuang angin, membersihkan hati, menguatkan buah pinggang untuk menyokong qi, meningkatkan potensi seks, memperkuatkan otot dan tulang serta mencerahkan mata”.

Ben Cao Gang Mu:
“Goji membuang qi yang tidak baik daripada lima (5) organ, mengawal aliran tenaga penting, mencerahkan mata, menenangkan saraf, menjadikan hidup panjang umur”.

Herba ajaib, baik untuk penglihatan
Goji atau buah Lycium merupakan herba yang berasal daripada Lycium chinense dan Lycium barbarum, tumbuhan yang biasa didapati di Asia Timur. Kulit akarnya juga digunakan untuk perubatan di seluruh Asia Timur. Lycium merupakan famili Solanacea yang daripadanya kita dapati sayur-sayuran seperti lada, terung, ubi kentang, tomato dan lain-lain. Masyarakat Cina mengenali buah ini sebagai goji dan telah menggunakannya sejak zaman purba. Ia juga telah direkodkan seawal kewujudan Chinese material medica dalam lingkungan 100 A.D.

Di Cina, Lycium Barbarum telah lama dikenali kerana faedahnya untuk penglihatan. Ia sering dijadikan bahan utama dalam hampir setiap perubatan Cina dalam memulihkan mata.

Buah goji mempunyai rangkaian amino asid L-leucine yang sangat tinggi. L-leucine merupakan asid amino yang hanya boleh diperolehi daripada diet kita. Dalam tubuh, L-leucine ditukarkan kepada sebatian yang sangat kuat dipanggil HMB (beta-hydroxy beta-methylbutyrate).
Goji kaya dengan Zeaxanthin dan Lutein yang melindungi mata dan membaiki penglihatan.
Saintis Cina Moden telah mengenalpasti bahawa Goji dapat membantu dalam penyesuaian penglihatan di tempat gelap (cerah ke gelap). Juga, membantu penglihatan yang lebih baik ditempat yang bercahaya suram.

Pesakit yang mengalami kebutaan-bertompok (blind spot) dapat dipulihkan atau dapat dikurangkan tahap kebutaan-bertompok mereka. Dengan kehadiran anti oksida yang kuat iaitu carotenoids, Goji membantu menghalang proses pembantutan macular dan katarak. (macular degeneration – disebabkan oleh kemerosotan bahagian tengah retina iaitu lapisan bahagian dalam mata yang merekodkan imej yang kita lihat dan menghantar maklumat tersebut melalui saraf optic dari mata ke otak.

Bahagian tengah retina dikenali sebagai “macula” bertanggungjawab dalam proses focus dan ia mengawal kebolehan kita untuk membaca, memandu, mengenal warna, rupa bentuk)


Goji meningkatkan tenaga dan stamina
Goji memiliki 4 polisakarida, iaitu LBP-1, LBP-2, LBP-3 dan LBP-4 yang bertindak sebagai Master Molekul dalam tubuh. Polisakarida LBP goji menyebabkan pertambahan toleransi senaman dan stamina serta membantu mengurangkan keletihan. LBP goji menambah simpanan glikogen ( glikogen merupakan sumber tenaga utama badan).

LBP Goji juga membantu pemulihan selepas sesuatu senaman. ia dapat mengurangkan kesakitan pada otot dengan menambah aktiviti asid laktik yang menyingkirkan enzim lactate dehydrogenase. ia juga mempercepatkan penyingkiran darah nitrogen urea, toksin yang dihasilkan ketika bersenam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...