Sunday, June 17, 2007

Hadith Sahih berkenaan Habbatus Sauda'

Diriwayatkan dari Aisyah ra, beliau mendengar Rasulullah saw bersabda:
“Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda’ boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam”. Aku bertanya. “Apakah Al-Sam itu? Baginda menjawab, “Al-Sam itu ialah maut”
Riwayat Imam Bukhari.

Daripada Buraidah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Pada Habbatus Sauda’ terdapat ubat segala penyakit kecuali mati”.
Riwayat Abu Nu’aim dalam kitab Al-Tibb dalam himpunan hadith-hadith sahih no. 1819.

Daripada Abu Hurairah, beliau pernah mendengar Rasulullah saw bersabda:
“Pada Habbatus Sauda’ terdapat ubat bagi segala jenis penyakit kecuali Al-Sam yakni maut”.
Riwayat Bukhari (10:118-119) ; Muslim (7:25) ; Ibnu Majah (2:342) ; Tarmizi (2:3 pada edisi BulaQ) ; dan Ahmad (2:241) menerusi riwayat Sufyan bin ‘Uyainah daripada Al-Zuhri dan Abu Salamah.

Habbatus sauda' ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakkannya ditulis di dalam Bahasa Arab, oleh itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.

Habbatus sauda' digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.
Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus sauda ...... merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.

Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.

Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus sauda' mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).Antara bahan-bahan kandungan Habbatus sauda' ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.

Ketahui lagi kehebatan kurniaan Allah mengenai Habbatus Sauda' dalam...
Kopi Eurycoma Plus & Kopi Ganoderma Plus

Baraka

Apa itu Black Cumin


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...