Saturday, January 19, 2008

Utusan - Masyarakat Celik Herba

Herba dijangka menjadi industri yang mempunyai nilai berbilion ringgit dengan jangkaan AS$200 bilion menjelang 2008. Manakala pengeluaran herba Malaysia pula yang menjadi sektor dalam industri kecil dan sederhana ketika ini mencatatkan nilai jualan tahunan RM4.5 bilion dan dijangka meningkat menjelang 2010.

Maka peluang dalam industri herba ini perlu direbut lebih-lebih lagi Dasar Pertanian Negara 1998-2010 telah mengenal pasti industri ini adalah antara yang amat berpotensi dimajukan pada abad ke-21 ini.

Bersesuaian dengan perubahan gaya hidup masyarakat dunia dan keperluan industri makanan juga, tumbuhan herba berupaya menghasilkan pendapatan yang lumayan. Malah ia boleh memberi pendapatan yang lebih tinggi berbanding sesetengah tanaman tradisi lain yang diusahakan oleh petani ataupun pekebun kecil di luar bandar.

‘‘Kita tidak boleh mengepikan masyarakat luar bandar dan pengalaman serta kepakaran berharga yang boleh mereka sumbangkan dalam industri ini. Saya percaya jika kita memanfaatkan sumber ini dengan meningkatkan latihan, Malaysia mampu menjadi hub herba di rantau ini,’’ kata Safinah.
Tumbuhan herba mempunyai kegunaan yang pelbagai dalam produk-produk seperti perubatan tradisional, penghasilan bahan kimia tulen dalam ubat-ubatan dan juga ekstrak yang mengandungi bahan aktif. Ia juga digunakan dalam industri makanan, minuman, perisa, kosmetik, bahan pencuci, kemasan diri, penambahan diet serta wangi-wangian di samping bahan kimia lain.
Di Malaysia, kepelbagaian biologi flora dan fauna bakal menjadi pemangkin ke arah kemajuan industri herba tempatan. Kemewahan khazanah rimbanya juga bakal merubah wajah Malaysia daripada negara pengimport tumbuhan herba kepada pengeluar serta pengeksport penting suatu hari nanti.
Matlamat itu tidak mustahil memandangkan Malaysia antara negara ‘terkaya’ di dunia kerana hutan hujan tropikanya mempunyai lebih 20,000 spesies tumbuhan.
Paling menarik, ia turut memiliki kira-kira 2,000 spesies tumbuhan ubatan yang didokumentasikan, sekali gus berperanan sebagai stor simpanan yang mengandungi bahan kimia bernilai untuk dijadikan produk penjagaan kesihatan.
Mengenai pasaran produk herba , kita tidak perlu bimbang kerana trend masyarakat dunia yang berpendidikan mula mengutamakan produk berasaskan alam semula jadi.
- Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lajut mengenai herba bolehlah mengunjungi pameran ini. Maklumat lanjut acara ini boleh dilayari melalui www.herbalasia.com.my.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...