1 kotak RM19.00
Caj Penghantaran : RM3.00
Berminat terus ke link tempahan untuk membuat tempahan.
Apa itu Kacip Fatimah?
Kacip Fatimah atau nama saintifiknya Labisia Pumilia dan Pathoina ialah herba yang biasa didapati di hutan belantara Nusantara. Namanya yang dikaitkan dengan wanita bangsawan sememangnya memberi maksud nama yang terselindung, iaitu kesihatan dan semangat wanita. Ia mengandungi elemen antioxidan dan phytoestrogen yang mana kedua-dua elemen ini memberi manfaat kepada lelaki dan wanita dari segi mencegah pembiakkan sel prakanser, memantapkan tisu yang memerlukan hormon estrogen, mengukuhkan struktur tulang melalui penyerapan jisim tulang dan melewatkan proses penuaan. Kacip Fatimah biasa dimakan sebagai ulam oleh wanita melayu dan jarang dimakan oleh lelaki atau kanak kanak. Air yang direbus dengan Kacip Fatimah biasa digunakan untuk wanita yang mengalami masalah keputihan dan juga untuk melancarkan proses kelahiran bayi dan untuk pukul angin dan cirit-birit. Ini tidak bermakna yang ianya tidak boleh dimakan oleh lelaki dan anak remaja kerana tiada apa apa kesan sampingan yang dikaitkan dengannya. Jadi minuman yang mengandungi ekstrak Kacip Fatimah boleh diminum tanpa was-was oleh lelaki dan wanita, muda dan tua dan amalan ini tidak memudaratkan kesihatan.
Kacip Fatimah juga dikatakan dapat merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarkan perjalanan dan kitaran haid wanita. Ia juga dapat mengurangkan sakit senggugut ketika haid.Sekarang banyak syarikat pengeluar herba mengkomersialkan tumbuhan ini dan dijadikan tonik selepas bersalin. Cara penggunaan untuk selepas/sebelum bersalin ialah dengan merebusnya (satu pokok termasuk daunnnya) kedalam seperiuk air (sebaik-baiknya periuk tanah) dan airnya diminum. Ia juga boleh digunakan untuk mengubat penyakit buasir (hemarroid/pile) dengan cara merebus akarnya yang telah dikeringkan. Ia juga boleh digunakan untuk merawat cirit birit, sakit sendi (rheumatism), gonorhea dan walaupun tumbuhan ini mempunyai khasiat yang begitu tinggi, satu aspek yang sering dilupakan adalah tahap ketoksidan kandungan kimia di dalamnya. Kajian sedang dilakukan dengan terperinci untuk menentukan kesan sampingan dan akibat dari penggunaan produk dari bahan ini supaya dos yang sepatutnya boleh dicadangkan.
Sumber : www.orangkampung.com/ dan http://www.melur.com/
No comments:
Post a Comment